Rawatan Kehamilan abdominal

Sebaik-baiknya pengurusan kehamilan abdominal perlu dilakukan oleh pasukan kakitangan perubatan dari pelabagai kepakaran.[13] Rawatan yang berpotensi bagi kehamilan abdominal terdiri daripada pembedahan yang di mana embrio akan dibuang melaui laparaskopi atau laparatomi; penggunaan metotresat, embolisasi dan kombinasi ini. Sapuri dan Klufio (1997) mengatakan bahawa rawatan konservatif juga boleh dilakukan terhadap mangsa kehamilan abdominal jika kriteria-kriteria berikut dipenuhi: tiada kecacatan pada kongenital utama, embrio itu masih hidup dan bernyawa, terdapat kemasukan ke hospital secara berterusan di unit bersalin lengkap prasarananya dengan kakitangan perubatan yang mempunyai kemudahan pemindahan darah dengan segera, terdapat pemantauan yang teliti terhadap tahap kesejahteraan ibu dan embrio, dan implantasi plasenta yang berada di bahagian bawah abdomen yang di mana kedudukannya berada jauh dari hati dan limpa.[14]